Thursday, August 23, 2012

Pahang, Tunang, Dan Jodoh.

Assalammulaikum !

Semalam 22.8.2012 keluarga berjalan-jalan ke pantai timur. Haha, senang cerita pergi Pahang, Tementi. Yeah, jumpa saudara mara sebelah ayah. Perjalanan memakan masa amat lama dan memenatkan badan. Walaupun aku penat dan sakit-sakit badan aku tetap menulis untuk entri blog ini.

Kenapa lama dan memenatkan?

Sudah tentu pertama-tama ayah aku tersilap masuk lorong ke simpang jalan Kuala Lumpur padahal mahu ke Temerloh, ambik kau 3 jam menuju semula ke temerloh walaupun sebelum tersilap jalan kami sekeluarga sudah sampai Maran !

Memang terbaik !

Ayah aku bawa kereta laju hingga mececah 160 km sejam. Aku sebelah dia, jadi pembantu pemandu utama. Tapi yang tunjuk jalan kakak along aku. Aku relaks saja dan terbayang-bayang kepala aku, apa yang TSO buat sekarang pada masa itu. Heheh.

Itu mahu ke temerloh. Belum lagi mahu pulang. Sesudah kami sampai R&R dan melepasi terowong Genting Sempah, tiba di Kuala Lumpur ayah aku sekali lagi tersilap masuk lorong dia ke lorong Setiawangsa sepatutnya kami masuk lorong Damansara untuk menuju lebuhraya NKVE.

Badan sakit-sakit. Hahah. Macam-macam lah berbincang, bermula topik bertunang hingga topik perniagaan. Hah, mak aku sudah penat dan sememangnya orang tua akan mengeluh kerana dirinya mahu rehat kerana esok 23.8.2012 ada Rumah Terbuka!

Ya, esok rumah terbuka. Kalau TSO baca ini, datang ke rumah aku dengan senyumannya kadang-kala penuh misteri bercampur kemanisan. Sudah tentu aku kurung diri di bilik aku. heheheh. Tapi kalau dia datang sudah tentu dan pasti, aku happy je memanjang.

Bayangkan dia datang kemudian dia duduk dengan kakinya rapat, tudungnya dilabuhkan tanpa berfesyen serta warna primer, kedua tangannya pula dirapatkan dan jari-jemari mengenggam sesama sambil tersenyum tersipu-sipu kemudian berkata,

"Assalammulaikum Mir."

Fuuuhhh.. Terus aku tak boleh menulis sekarang ini. HAKHAKHAKHAK.

K, babai.
Assalammulaikum !

2 comments:

  1. Maran tu kampung Kak Yus dik Mir .. dan klu dah sampai di Batu Caves tu mengapa tak menyimpang ke batu muda.. boleh singgah rumah k.yus sebentar.. pe pun, suka baca n3 nih.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kak Yus baca entri saya. hehe. Saya tak tahu pula batu muda itu kawasan rumah Kak Yus. InsyaAllah, tahun depan saya datang. Hehe. Sekarang ini saya di Negeri Sembilan sedang bercuti. huhu.

      Maran tu kampung Kak Yus, nanti tahun depan saya datang juga lah, kehkehkehkeh !! K, gurau jer. huhu.

      :D

      Delete

Rakan Amirul Mohamed Berkata..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...