Wednesday, September 5, 2012

Rasa Mahu Jatuh Gila-TSO

Assalammulaikum !

Semalam TSO dan saya berchat di facebook perbincangan kami dengan mulai niat saya mahu meletakkan link blog dia di website baru saya. TSO memberitahu bahawa saya tidak mengenali diri yang sebenar dan apa yang saya tulis di blog akusukamencipta.blogspot.com adalah kurang tepat dan membuatkan dirinya jatuh gila (down gila) TSo memberitahu bahawa dirinya adalah jenis HUHA. Jenis yang suka funny, seronok, tidak mahu stress atau sebagainya. Memang secara jujur saya tidak mengenali sangat sikap sebenar TSO itu.

Selama ini entri saya mengambarkan kepada anda bagaimana sikap TSO yang sememang anda gambarkan dalam kepala anda itu seorang yang ayu, sopan, lembut, tunduk kepalanya ketika berjalan dan sebagainya. Jadi, saya berpendapat  saya mahu mengambarkan sikap HUHA yang dikatakan atau yang keluar dari jari-jemari dirinay ketika chat hari itu. Jom kita ramalkan.

1) HUHA
TSO wanita kuat agama, cara berjalan pun saya dah tahu. Jadi bagaimana mengambarkan wanita yang ebrtudung labuh, jaga adab sopan mempunyai sikap funny atau HUHA-HUHA? Mungkin dia HUHA dengan kawan perempuan dia sahaja. Atau gaya penceritaan sungguh dramatik ketika mula berbicara, atau juga jenis berimiginasi yang tinggi apabila mula mencipta idea baru. Atau juga jenis di dalam kelas yang suka melihat orang lain untuk mengetahui dan memikirkan kembali (Adakah itu jenis HUHA juga?) untuk kaum perempuan sahaja.

Atau TSO suka menceritakan kembali filem yang ditonton di pawagam dengan teruja dan satu demi satu babakan diceritakan dengan terperinci sehingga pendengarnya seperti menonton wayang secara percuma? Atau TSO suka menceritakan kembali kisah novel yang pernah dibaca dua minggu lepas atau semalam dan mengesyorkan pada rakan wanita supaya membaca karya novel terbaru. Adakah juga TSO suka menceritakan pada rakan wanita tentang subjek pembelajaran pada waktu kuliah kembali? Sekiranya begitu, mungkin akan meceritakan kembali tentang idea atau gagasan atau juga falsafah dalam ilmu yang baru dipelajari sewaktu kuliah.

Sekiranya tidak begitu, mungkin TSO menceritakan perkembangan baru atau pengalaman yang lepas tentang program yang disertai di kampus mahupun diluar disertai keterujaan yang tinggi serta menggunakan bahasa melayu tinggi. Kemudian rakan-rakan perempuannya yang suka menulis akan menulis balik cerita TSo di blog peribadi sebagai kisah yang membawa pengajaran atau peringatan atau juga keseronokan.

Adakah juga TSO mengulangi pembelajaran kemudian tidur selepas tidak dapat menjawab soalan atau tidak faham kemudian dalam bungkusan selimut TSO ketawa bersama-sama rakan perempuan yang turut senasib dengannya? Atau menyelak selimut ketepi lalu menari lagu Gangnam Style atau LMFAO dengan rakan sebiliknya? Sesungguhnya beliau suka baca surah Al-Mulk dan Qasidah atau sewaktu dengannya (Ini betul-betul meyimpang ini) Sekiranya tidak, beliau sangat aktif di dunia persatuan sehingga persatuan itu ramai ahli dan aktiviti berjalan lancar sehingga pihak HEP menerima undangan penceramah yang berlain fahaman politik dan ideologi semasa kerana penganjur atau orang kuat dalam persatuan jenis HUHA. Pasti pengawai HEP menerima cadangan program untuk persatuan sebab orang kuatnya TSO adalah best orangnya. (Mungkin semasa perbentangan program TSO menceritakan dengan penuh dramatik dan menggunakan bahasa melayu tinggi)

Sekiranya saya silap lagi, Adakah TSO seorang yang baik suka menolong manusia yang dalam kesusahan atau keresahan atau kekacauan jiwa lalu memberi dakwah secara terbuka. Dakwah yang disampaikan dipenuhi dengan nasihat, hadis, ayat Al-Quran serta kisah sahabat Rasul kita. Gaya dakwah TSO pula seperti JEP Sepah yang tiba-tiba sahaja semput semasa berdakwah kepada sasaran mereka, itu betul-betul jenis HUHA. (Sebenarnya saya sakit perut menaip perkataan di atas)


Baik, semuanya adalah ramalan. Saya hanya membayangkan, kemungkinan betul dan salah. Ia memang salah, sebab memberi hujah tanpa mengetahui itu atau memberi ramalan tanpa memeriksa itu hujah dan ramalan yang dangkal. Baik, saya terima kedangkalan saya itu. Sebenar saya hanya mahu membentangkan teori saya mengenai

"Kenapa TSO Merasa Jatuh Gila Kerana Apa Yang Saya Tulis Adalah Bukan Dirinya Yang Sebenar."

Dalam kehiudapan bermasyarakat samada rakan, sahabat, saudara terdekat, ibubapa, dan sebagainya apa kita tidak mengenali diri rakan, sahabt,saudara terdekat dan ibubapa akan merasakan kita ini tidak ambil berat tentang diri mereka. Sesungguhnya mereka sikap begitu sebab diri mereka sendiri sudah kenal dah tahu sikap kita tetapi kita sebaliknya.

Perumpamaan di atas sama apa yang kita bincangkan sekarang. TSO rasa jatuh giler sebab apa yang aku tulis bukan lah dirinya yangs sebenar, walaupun aku beritahu padanya aku buat begitu supaya pembaca blog ini merasa seram sejuk supaya mereka mengalum dalam dunia mereka dengan mengambarkan rupa dan sikap TSO yang sebenarnya. Aku pun tidak kekecuali sebab aku yang menulis aku pun membayang perkara yang sama, walaupun aku tahu hakikat yang sebenar adalah bertentangan sama sekali. Jadi, kesimpulan untuk menjelaskan teori aku adalah,

"TSO menyuruh aku menulis tentang dirinya dengan betul supaya dirinya tidak rasa jatuh gila." Ini bermakna dalam bahasa tulisan wanita ia menyuruh aku kenal lebih rapat dengan dirinya. Kemungkinan teori ini hampir 70% betul dan 30 peratus salah. haha. Baik, kita pergi Kitab Puisi Cinta.

Kitab Puisi Cinta diwujudkan sebab puisi-puisi itu hanya untuk TSO sahaja. Kata TSO puisi aku terlalu mengunung memuji dirinya dan ia takut hajat aku tidak kesampaian. Ini yang aku maksudkan bahawa teori aku adalah 30% salah disebabkan faktor ini. TSO memang kurang faham dengan bahasa puisi. Walaupun puisi aku tidak sebagus mana tapi aku cuba beri kefahamanan untuk TSO faham maksudnya. Semua hasil puisi itu datang dari perkenalan aku dengannya pada waktu PLKN dulu. Jadi, jiwa-jiwa dan rasa puisi itu datang dari jiwa-jiwa dan rasa dari pengamatan aku padanya. Cewah.

Frasa ayat "Down Giler" yang ditulis pada chat room semalam memberi makna yang besar. Sudahlah jatuh bertambah gila pula itu. Memang betul-betul terasa dihatinya apa yang aku tulis selama ini. Dari segi bahasa wanita apa yang disebut membawa makna lain dalam kehidupan mereka. Tanpa mengira sesiapa, wanita, lelaki, ibubapa, rakan, sahabat mereka, apa mereka kata begitu ini dan ini untuk pertahankan maruah, ego, sembunyikan sesuatu, dans sewaktu dengan adalah lain apa hati mereka katakan. (Itu aku maksudkan)

Jadi frasa "Down Giler" itu membawa kebarangkalian bahawa 50-50 untuk menyokong teori aku diatas. Sekiranga kebarangkalian berpihak pada aku maksudnya teori aku semakin kuat, sekiranya tidak, teori aku semakin lemah. Aku percaya teori aku semakin kukuh.

Untuk pengetahuan TSO ini sertai Pelapes. Hah, apakah itu? Simpanan Pegawai Tentera. Maknanya aku tahu tapi ayat Pelapes itu aku kurang tahu dan tidak mahu search di internet. Ya, dalam pengamatan aku sesorang yang keluar dari kem tentera akan berjaya dalam hidup. Percaya atau tidak? Percaya lah dan rasailah kepercayaan itu. Cewah.  Saya bagi satu contoh, Robert Kiyosaki. Beliau pernah jadi tentera dan kini berjaya sebagai pelabur yang hebat. Pertama mungkin ia DISPILIN dalam menguruskan kehidupannya. Jadi, anda boleh bayangkan sekrianya TSo sudah berumahtangga memudahkan kerja-kerja suami dia? Siapakah bakal suami dia?

Jadi, kesimpulan kita tunggu dan lihat adakah teori saya itu berjaya atau semakin menyusut lemah. Sekian, terima kasih membaca entri yang panjang kali ini.

Assalammulaikum !

No comments:

Post a Comment

Rakan Amirul Mohamed Berkata..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...