Wednesday, September 5, 2012

Oppa Gangnam Style Vs Opah Nak Gandum Style

Assalammulaikum !

Bulan ini adalah bulan cabaran, pertama cabaran dari Geng Urban dan kedua pula perlu menulis untuk penerbit independent. Disebabkan tema penulisan Geng Urban mencabar dan ditambahkan lagi pemilihan karya terbaik akan diterbitkan untuk menjadi Antologi Cerpen Geng Urban yang pertama menambahkan tekanan berganda walaupun tidak seteruk exam yang memerlukan jawapan yang tepat dan sekira gagal akan dibuang terus dari universiti. Hehe.

Berfikir dan mengelamun karya yang mahu dituliskan muncullah idea yang agak popular pada masa sekarang! Iaitu Gangnam Style. Haha. Bagaimana saya mengabungkan tarian Gangnam Style ke kisah dongeng. Sesungguh saya mahu memudahkan cara dan karya saya ini. Mula memikirkan idea lain yang memudahkan karya ini ditulis. Jadi, saya ubahkan tarian Gangnam Style kepada Opah Nak Gandum Style! Yeah. Bagaimana? Sudah tentu ia berkaitan dengan gangnam style! Haha. Mesti anda semua pening kan? Saya pasti perkara itu berlaku pada anda.

Saya tidak pasti  menghasilkan karya ini untuk Geng Urban, sebab saya mahukan yang terbaik dari segi idea dan penulisan. Dalam kepala saya, idea Opah Nak Gandum Style itu berbentuk humor jadi ia sesuai untuk bacaan umum. Cewah. Walaubagaimanapun, saya perlu mencari idea yang gempak dan terbaik gila tahap planet Marikh supaya terpilih dalam Antologi Cerpen Geng Urban Pertama! HUHA! Eh, kenapa HUHA?

Sebab mahu jadi jenis HUHA seperti TSO.

K, babai.
Assalammulaikum !

No comments:

Post a Comment

Rakan Amirul Mohamed Berkata..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...