Monday, December 31, 2012

Sudah Mendaftar!

Assalammulaikum!

Tahun 2012 akan melaburkan tirai. Sama juga tahun-tahun yang berikutnya. Yang lepas sudah menjadi sejarah dan akan di tayangkan di akhirat kelak. Dan masa hadapan masIh lagi misteri. Kehidupan tetap akan diteruskan walaupun diri kita baik atau buruk akhlaknya. Kita tempuh jua, melainkan kita betul-betul mahu berubah supaya menjadi lebih baik pada masa akan datang.

Baik, hari pada 31.12.2012. Aku sudah mendaftar syarikat aku. Nama syarikat aku Awan Global. Syarikat ini akan menjalankan perniagaan penerbitan buku. Cewah! Hebatkan? Buat masa ini syarikat ini belum aktif lagi, mungkin pertengahan tahun 2013. Sebab aku perlu merancang visi syarikat ini dan perlu belajar lagi selok-belok dunia penerbitan dan bisnes. Cewah. Sekiranya sudah berjaya, aku akan nikah Mizz Liza.

Awan Global ini akan menerbitkan buku untuk golongan remaja. Buku urban dan informasi. Haha! Syarikat sudah didaftarkan pada hari ini! (Ingat tu) Genre masih belum ditentukan tapi apa yang sedia maklum, operasi syarikat ini mungkin pada pertengahan tahun atau kemungkinan kecil tahun hadapan. Maksud aku tahun 2014.

Sekian, terima kasih!
Assalammulaikum!

Saturday, December 29, 2012

Rindu Sama Dia

Assalammulaikum!

Selalu aku kerap meng LIKE dia di Facebook. Alahai, lihat dia layan rakan lain, terasa hati ini sepi. Cewah. Sudah lah. Bila aku dapat tengok gambar dia tak tahu lah.

Cukup sudah cukup!

Assalammulaikum!

Wednesday, December 26, 2012

Kopi Berjiwa Besar!

Seorang sahabat saya memesan minumannya iaitu air kopi. Setelah beberapa saat minumannya tiba di meja kami.

Dia suruh saya merasa kopi itu, saya mengeleng kepala tanda tidak mahu. Dia memujuk saya dengan lembut. Lalu saya minum untuk menjaga hati sahabat saya.

Tiba-tiba dia bertanya,

"Bagaimana rasa kopi itu?"

Balas saya,"Sudah tentu pahit rasanya!"

"Tetapi bagaimana pula aku tambah sedikit air suam? Rasa pahit itu hilang tak?"

Saya teragak-agak mahu menjawab. Lalu saya diam seribu bahasa. Dan menjungkit bahu berkali-kali.

"Rasa pahit itu tetap ada walaupun ditambahkan air suam. Sebaliknya kalau aku masukkan air kopi ke telaga, kau sangka rasa pahit itu hilang atau tinggal sedikit rasanya?"

Saya mengeleng sambil menjungkit bahu. Balasnya,

"Tinggal sedikit rasa pahitnya. Kau tahu apa aku maksudkan sekarang ini?"

Saya mengeleng lagi, dan kelihatan sedikit kerut dahi sahabat saya itu. Bagi menjaga hati sahabat, saya jawab dengan spontan.

"Kau belum minum lagi kopi ini, mungkin kau haus dan kau suka menikmati rasa pahit kopi itu yang besar-besar punya," Sambil tersengih-sengih.

"Bukan itu maksud aku, kalau gelas itu kecil rasa pahitnya menyerlah, sebalik kalau gelas itu besar punya rasa pahit kurang malah sedikit saja. Gelas itu adalah jiwa kau sendiri, kalau jiwa kau kecil kau rasa kehidupan ini pahit, sebaliknya jiwa besar, kau rasa kepahitan hidup ini adalah kecil sahaja."

Mulut saya ternganga luas, kata-kata yang diucapkan pernah saya dengar, tetapi sehingga sekarang saya tidak tahu daripada mana saya mendengarnya.

Tuesday, December 25, 2012

Kurangkan Melihat Punggung Wanita.

Memulakan ilmu perniagaan itu memang memerlukan persiapan yang betul dan rapi. Teorinya sama seperti kebanyakan kita menduduki peperiksaan besar mahupun awam. Aku ambil contoh matematik, matematik memerlukan latihan berterus supaya kita memahami dan tidak tercenggang di hadapan kertas peperiksaan nanti. Begitu juga dengan dunia bsines, Donald Trump mengatakan persiapan amat lah penting. Kata Robert Kiyosaki,

"Ramai orang melaburkan wang mereka, berbanding melaburkan masa mereka mempelajari tentang wang."

Kata Robert Kiyosaki itu memang tepat. Tindakan melaburkan wang sebelum mempelajari ilmu tentang wang sesuatu tindakan yang pelik. Sama seperti seseorang mengambil peperiksaan awam atau besar tanpa membuka buku teks mahupun menghadiri kuliah. Donald Trump dan Robert Kiyosaki bermain permainan ini. Bagi mereka, mereka seronok dan ghairah apabila bermain. Sebab dalam permainan ini mereka yang kawal permainan. Bagaimana mereka bermain?

Permainan= Bisnes

Mereka berdua mengesyorkan pada sesiapa yang mahu menjadi kaya, supaya memilih menjadi pelabur dan menjadi usahawan yang memiliki perniagaan besar. Mereka bukan memaksa kita memiliki perniagaan besar sehingga mampu membayar gaji lebih 500 pekerja dalam satu syarikat. Tetapi mereka menyuruh kita berfikir seperti mereka. Mengapa mereka menjadi kaya dan bagaimana mereka berfikir tentang dunia bisnes. Kata mereka supaya belajar dan terus belajar. Bermain permainan seperti Monoply mahupun CASHFLOW ciptaan Robert sendiri, membantu diri kita melihat dunia bisnes dengan lebih dekat.

Kata cikgu saya, ketika SPM 2010 dulu,

"Kalau kita nampak lubang besar di hadapan kita, kita perlu berlari dari awal lagi sebelum berjaya melepasi halangan yang besar begitu. Kembali berfikir, kita semakin dekat dengan lubang besar itu atau masih lagi jauh?"

Kata rakan saya pula,

"Kurangkan melihat punggung wanita, melihat lah masa hadapan punggung kita. Adakah kita duduk di kerusi empuk atau sebaliknya?"

Sekian. Assalammulaikum!

Sunday, December 23, 2012

Cuba Kita Fikir Bersama.

Semalam rakan saya memberitahu bahawa dia sedang giat menulis sebuah buku untuk bangsa Malaysia. Walaupun katanya dia tulis ini bukan bersifat politik kepartian, tetapi apa yang ditulis itu adalah tanggungjawab dan rasa bimbang dirinya pada rakyat Malaysia yang mudah ditipu. Saya terdiam sejenak apabila dia berkata pada saya dalam perbualan kami di telefon,

"Amirul, you cuba fikir, bagaimana pelajar lepasan peperiksaan awam di Malaysia yang banyak dapat A semua bodoh dan jahil tentang kehidupan mereka? Mereka seolah tidak berfikir dan tidak kemampuan untuk berfikir. Malah lebih teruk pendidikan di Malaysia ini semakin teruk, sebab mengapa? Sebab lepasan guru-guru di maktab tidak berkualiti!"

Nota: Ayat diatas mungkin tidak sama apa yang diucapkan oleh rakan saya itu, tapi mungkin maksudnya sama.

Perkara itu sudah lama saya fikirkan. Tentang pendidikan dan kemampuan seseorang berfikir. Apabila saya membaca buku"Why We Want You To Be Rich" tulisan dua jutawan hebat dunia. Saya tertarik tentang penjelasan Donald Trump tentang Groupthink. Iaitu mereka yang mengikuti kumpulan tertentu dalam kehidupan mereka, atau lebih jelas, seperti seorang pengembala kambing yang memberi arahan kepada kambing-kambingnya. Seseorang yang berjaya dengan IQ kewangan tidak mungkin akan terikut-ikut pada mana-mana grup atau kumpulan. Sebab itu mereka kaya.

Cuba kita fikirkan, apabila seorang cikgu berkata tentang impian, mereka galakkan anak murid mereka berjaya dalam bidang akademik, supaya memiliki kereta besar, rumah besar, jawatan besar, isteri besar, dan lain-lain yang besar. Tidakkah kita fikir juga, cikgu itu seorang punyai ilmu dan berjaya dalam bidang akademik, sekiranya tidak bagaimana dia boleh jadi seorang guru! Tapi mengapa cikgu tidak miliki kereta besar, rumah besar dan semua yang besar-besar?

Cerita cikgu dan seorang pelabur yang dinyatakan oleh saya memang berbeza, tetapi pandangan kedua-dua itu sangat relevan.

"Memang pelik, apabila seorang pelabur memandu kereta BMW ke Wall Street, mendengar seorang penasihat kewangan yang menaiki kereta api bawah tanah ke tempat kerja."

Nota: Lebih kurang begitu maksud Robert.

Seperti Donald Trump dan Robert Kiyosaki bimbang tentang masalah pengurangan golongan kelas menengah di Amerika. Rakan saya bimbang golongan pendidikan semakin mengecil di Malaysia berbanding golongan cemerlang dalam akademik yang sedang mengembang saban tahun.

Nota akhir: Tolong guna otak.

Thursday, December 20, 2012

Sebuah Perjuangan Kecil-Mengapa Aku Pilih Jalan Ini?

Assalammulaikum!

Baik. Terus terang aku katakan, bahawa aku yang pilih jalan ini (Jalan yang dianggap pelik dan bodoh) untuk menduduki peperiksaan STPM. Keluarga aku memaksa aku selepas pengumuman keputusan SPM 2010 supaya menyambung pengajian di universiti. Tapi, aku tidak mahu. Sebab aku mahu capai cita-cita aku. Aku dapat rasakan, ketika itu dalam buat keputusan itu, aku rasakan seperti apa aku mahukan ini bukan milik aku. Seperti takdir tuhan sudah tetapkan bahawa aku tidak boleh ambil aliran sains.

Memang rasa putus asa, memang ada rasa itu, aku tidak nafikan. Tapi, bagaimana aku terus percaya dalam pilihan aku itu? Dalam sejarah, usahawan dunia. Seseorang usahawan itu menjadi jutawan apabila mereka bertahan apa jua situasi berlaku pada mereka. Dalam masa yang sama mereka mencari jalan. Jalan itu akan membawa mereka keluar daripada masalah. Aku bakal keluar sedikit masalah ini pada tahun depan dan minggu ini (22,12,2012)  apabila aku mula belajar silibus STPM ini.

Berbulan-bulan aku buntu mula januari hingga oktober 2012. Aku betul-betul rasa membazirkan masa. Boleh bayangkan aku tidak mula belajar, dan aku rasa tidak ada apa-apa dalam dada. Setiap malam aku menangis, kerana aku tidak puaskan hati mak aku.  Mak aku suruh aku sambung belajar, dia amat risaukan aku. Dia takut aku miskin, dia takut aku tidak dapat kahwin dengan anak dara orang. Semuanya sebab AKU TIDAK SAMBUNG BELAJAR!

Aku berusaha sambung belajar ke kolej dengan kursus Pra-Diploma Sains. Tetapi gagal. Aku cuma tidak cukup syarat. Aku tidak ada sains tambahan, walaupun sains aku A. Aku tidak merayu. Sebaliknya aku teruskan usaha aku itu. Untuk maklumat, aku bekerja dengan mak aku, dan kumpul duit sedikit demi sedikit, untuk menampung pembelajaran aku. Aku terima sahaja.

Mak aku bukan tidak mampu membelanjakan sebahagian duitnya untuk pendidikan aku. Cuma mak aku tidak setuju apa aku mahu buat sekarang. Aku faham apa makna ilmu. Aku menuntut ilmu sains, bukannya aku mahu jadi jurutera supaya aku jadi kaya dan kehidupan terjamin seperti anggapan semua orang. Aku mahu menuntut ilmu Fizik Teori dan Matematik Tulen. Aku mahu selesaikan masalah LOA. Ya. Law Of Attraction atau Hukum Tarikan.Ini penting. Sebab apa penting!

Biarlah rahsia. Perkara ini sesuai aku berdebat dengan orang yang faham tentang LOA. Sesungguhnya aku menuntut ilmu ini tidak menjaminkan aku jadi kaya mahupun menjadi jejaka ideal untuk menarik anak dara diluar sana, seperti mana diharapkan mak aku. (Sekali lagi aku kecewakan mak aku). Sebab itu aku menjadi seorang yang pelbagai. Sesetengah orangnya melihat ia awesome. Itu bukan matlamat aku menjadi seorang yang awesome, cuma dalam kehidupan ini, kita perlu tahu apa keghairahan kita pada sesuatu dan kita mesti punya lakukan  perkara itu!

Aku seronok jadi diri aku, walaupun aku banyak kekurangannya. Usah kita takuti ancaman atau keliruan masa depan. Takuti diri kita sendiri. Sebab ia musuh utama ada dalam diri. Mengapa? Mesti klise kan ayat itu?  Mudah sahaja, terus terang aku takut subjek Bahasa Inggeris, tetapi secara realitinya Bahasa Inggeris itu hantu ke atau jembalang? Bukan kan? Tapi mengapa kita gelisah dan takut pada Bahasa Inggeris? Sebab aku tidak yakin dan aku takut akan diri aku tidak berjaya menjawab soalan kertas BI. Jadi rakan-rakan aku di universiti mahupun kolej, jangan takut pada diri kita. Teruskan! (Doa yang sama untuk aku, terutama subjek BI. Amin)

Setiap manusia mesti ada impian atau cita-cita. Tetapi,  kita mengejar mesti berpandukan pada keghairahan atau keseronokkan kerja kita lakukan, bukan bersandarkan cita-cita kita. Sekian, terima kasih kerana membaca celoteh aku!

Assalammulaikum!




Player Snuker!

Assalammulaikum!

Aku sekarang sudah cenderung menulis fasal kehidupan aku di status. Ya. Bukan sedikit aku cerita, daripada kisah personal life hingga bab politik. Hanya menekan "LIKE" semua akan terpapar di wall rakan-rakan facebook. Baik. Mengenai cita-cita aku, ingat lagi tak? (Tak ingat) Okay tak apa. Aku sudah listkan sebanyak 8 senarai impian aku, baik aku tambah satu lagi impian aku.


Aku nak jadi player snuker!!


Ya!
-Di mana aku belajar?
-Dengan siapa aku belajar?
-Mengapa aku nak belajar?

Okay, relaks. Aku tahu korang teruja. Sebenarnya aku masuk dalam bidang snuker (ceh, bidang konon) sebab suka saja lah. Haha! Angkat tangan macam Mizz Liza!

Kalau aku serius sertai satu-satu bidang aku akan lakukan betul-betul hingga betul-betul menguasainyer pun (aik?) Nanti aku akan letak gambar aku, (Kalau aku tangkap gambar lah) Haha! Baiklah, itu saja nak dikongsikan.

Assalammulaikum!

Wednesday, December 19, 2012

Menjadi Seorang Pelabur. Mengapa Bidang Ini Jadi Pilihan?

Assalammulaikum!

Alhamdullilah! Allah perkenankan doa aku. Doa aku mahu jadi pelabur. Mak aku akhirnya support aku untuk kerjaya masa depan ini. Suka sangat.


Mengapa aku mahu jadi pelabur?

Sebab dalam kehidupan ini, selepas kita keluar dari universiti/kolej. Kita akan bekerja dengan tiga golongan.
Pertama, majikan kita. Sudah tentu kalau tiada majikan, kita nak kerja apa? Kalau tak ada payung, apa kita nak harapkan badan kita tak basah masa musim hujan.

Kedua kita akan kerja untuk kerajaan. Eh, bukan makna kita kerja untuk negara, seperti bangunkan teknologi dan modal insan itu pilihan dan kerja yang bagus. Maksud aku kita kerja dengan kerajaan adalah membayar cukai. Ya. Berbulan-bulan kita kerja tapi akhirnya duit kita mengalir keluar ke kerajaan, membayar cukai, cukai pintu, cukai pendapatan dan dll.

Ketiga pula, kita kerja dengan bank. Sudah tentu dalam kehidupan kita ini, kita akan pinjam duit daripada pihak bank. Ya, itu sangat pasti. Kita lihat ibubapa kita, hari-hari keluar duit bayar duit kereta, duit rumah, barang perabot dan sebagainya. Jadi kesemua tiga golongan ini adalah liabiliti kita dalam kehidupan.

Ya, liabiliti. Aku rasa, aku ada cerita fasal ini kat blog ini juga, korang boleh check nanti.
Melabur dan perniagaan ada teknik bagi mengelak kita kerja dengan tiga golongan ini. Sekian, terima kasih.

Umur aku sekarang 19 tahun.

Assalammulaikum!

Monday, December 17, 2012

Matematik, Silibus Baru Dan Begpipe.

Assalammulaikum!

Selepas mengumpul duit, terasa keinginan hati bertambah-tambah. Boleh bayangkan, aku pergi tengok laman web zalora.com.my semata-mata nak cari jacket. Hehe. (Aku pengemar jacket) sedang perut ini buncit? Baiklah, aku nak mulakan cerita tentang pengajian aku lah. Hehe. Sebelum tu, aku nak berkongsi sikit pengalaman hari ahad (16,12,2012).

Beberapa tahun aku main begpipe. Ya, begpipe. Boleh dikatakan time merdeka dulu dari mula marching hingga tamat perbarisan hari kemerdekaan kalau time lagu begpipe berkumandang, aku rileks main, sebagai senior dan ketua seksyen (Begpipe And Colorguard) aku, sifu aku, kawan sebaya dengan aku sahaja yang dapat main sampai habis, yang lain (junior lama) ada yang pancit-pancit (Sebagai backup lah), kalau junior sangat tu, memang tak boleh main lah (Sebab stamina tak ada lagi).

Hehe. Tapi sekarang (kelmarin) aku pancit gila-gila punya kaw lah katakan, teringat aku zaman aku mula iring pengantin, ada pancit juga, kali ini (kelmarin) berulang sekali lagi, pancit kaw-kaw punya lah. Haha. Malu doe. Memang serius malu. Hehe. Tapi selepas tamat khidmat kami semua, dapat upah buat show tu, memang lumayan lah katakan (untuk orang macam aku ni, buat show: Bujang)

 Fasal STPM aku tu, memang okay sekarang ni. Sabtu ini.Ya sabtu ini. Mula kelas! Hehe. Study Math M silibus baru STPM tahun ini. Sebenarnya ada hikmah juga aku skip kan tahun 2012 tak study STPM. Sebab kalau aku study, tahun 2013 mesti aku ambil peperiksaan tu, sebenarnya kalau boleh nak study tak nak rushing, just relaks sudah, semua akan okay. Sekali masuk tahun hadapan silibus baru STPM diperkenalkan, dan ini mengembirakan aku. Hehe. Syukur alhamdulillah.

Kata guru aku, Math M mencabar sebab ia aliran sains, tetapi apabila aku membelel-belek buku rujukan math T (Katanya untuk aliran sastera ataukemanusiaan) ia lebih mencabar. Itu pendapat aku. Apa-apa pun guru aku seorang pensyarah universiti swasta dan dia seorang pemegang Ijazah Sarjana Muda Matematik Tulen. Sekarang sedang study di Uitm, untuk ambil kursus peringkat Sarjana pengkhususan Matematik. Pakar Matematik dalam bidang Biomath dan Medical. Hehe. Lebih penting ia seorang wanita. Jangan salah faham. Cuma relaks sedikit kalau cikgu wanita ini(Pendapat aku sahaja) Moga-moga aku ada keserasian belajar dengannya. Amin.

Baiklah itu sahaja. Assalammulaikum!


Friday, December 7, 2012

Mengorak Langkah Ke Hadapan!

Assalammulaikum!

Langkah menuju ke hadapan. Seperti A ke Z. Itu namanya usaha. Kita mengerakkan sesuatu menjadi kenyataan. Ya! Haha. Jadi duit sudah banyak. Haha! (Padahal bukan banyak mana pun!) aku mahu kembali ke dunia perniagaan (Cewah ayatnya) Sebelum banyak kali gagal dalam perniagaan ini, sebab pertama tiada ilmu.

Sekarang aku sudah kenal sedikit sahaja perniagaan itu bagaimana rupanya, bentuknya dan sebagainya lah. Sebelum melakukan sesuatu kita perlu ilmu dan guru. Ya! Begitu lah nampaknya. Aku perlu membaca buku-buku berkaitan perniagaan dan berguru dengan usahawan mahupun para pelabur yang berjaya dan kaya raya. Bukan hormat orang kaya ini, hormat hanya kerana ilmu sahaja. Itu lah tepat sekali. Yeah!

Kemudian, apakah yang aku kejarkan sekarang ini?

Semua ini soal masa depan. Mengubah paradigma dan fikiran. Semua tentang satu generasi ke satu generasi. Generasi akan datang perlu memahami bahawa bekerja makan gaji tidak menikmati apa-apa kelebihan dari segi kewangan hanya senang dan selesa apabila bekerja dengan kerajaan mahupun sektor swasta. Mereka perlu memahami perkara dengan melihat moyang mereka! Siapa moyang mereka? Aku lah! Jangan salahkan anak, sekiranya diri kita tak ada ilmu. Kalau mereka melihat moyang atau orang tua mereka berfikir, mereka akan turut ikut sama. Jadi, aku lah generasi pertama yang akan mendidik generasi aku (apabila aku sudah kahwin lah) hehe. Semua perlukan ilmu dan pengorbanan. Ya, pengorbanan.

Apa-apa pun walaupun masih jauh, aku perlu fikirkan sekarang. Walaupun anda lihat aku gila sikit, tapi perkara ini sudah lama aku fikir. Ia penting dan bernilai. OK,

Assalammulaikum!

Monday, December 3, 2012

Cita-cita Di Hati

Assalammulaikum!

Sudah lama aku tidak mengemaskini blog ini. Dalam bulan november sahaja baru tiga entri sempat aku mengemaskini, itupun meluahkan perasaan yang telah lama terpendam dalam bentuk kiasan. Kiasan ker? hehe.

Jadi di bulan dua belas ini, aku mahu bercerita sedikit lah apa yang terasa di hati ini. Cewah, macam filem cinta gitu. Haha! Terus terang aku tidak ada teman wanita! (Amirul aku dah tahu kau tak ada teman wanita sebab kau tu botak, cerita lain boleh tak?) Okay, cerita lain. In shaa Allah, aku akan sambung belajar lagi! Yeah! (Di mana amirul?) Di rumah aku lah der! (Haaaahh!!!!!???)

Itu lah jawapan selalu aku dapat, mereka selalu akan tergaman dan seakan tidak percaya (yang aku ini hensem gila habis lah) hehe. Tidak percaya yang aku ini mahu sambung belajar di rumah. Ala, ambil STPM saja kot, bukannya aku ambil A-level. Huhu.Oleh demikian, aku telah dapat semula guru kegemaran aku. Hahah. Guru ini pernah mengajar aku matematik, kini akan mengajar aku dalam bidang fizik (cewah ayatnya)

Keputusan aku buat ini, merisaukan keluarga aku, mereka memikirkan masa depan aku, mereka takut aku tidak mampu menyara keluarga, yela kan nak bagi makan apa anak dan isteri, kalau tak belajar dan kerja makan gaji dengan gaji kecil. Okay, aku faham, tapi aku percaya, rezeki daripada Allah, bertenang saja, simpan duit kamu dan dadah itu percuma. Wah! Faham tak maksud aku tu? (Jangan salah faham ya!) hihi.

Aku ada cita-cita. Tak salah aku kongsikan cita-cita aku. Dalam hidup aku, aku mahu menjadi manusia yang pelbagai dalam menguasai bidang ilmu, biar lama asalkan dapat.Yeah. Antara ilmu aku nak adalah,

1. Agama.
2. Fizik.
3. Matematik.
4. Falsafah.
5. Muzik.
6. Pengarah Filem.
7. Pelabur dan Usahawan.
8. Penulis Sastera dan Popular (Mengikut kehendak pasaran)


Bidang yang buat aliran duit dalam menyara hidup aku adalah nombor 7. Ya. Sekiranya aku sudah mahir dan mantap pun dalam segi ilmu daripada nombor 1 hingga ke nombor 8, aku tetap bekerja dalam bidang nombor 7. 1 hingga 8 adalah pekerjaan yang menyeronokan, jadi tak kan aku nak biarkan perkara yang seronok terlepas begitu sahaja? Dalam mengapai semua cita-cita ini, aku sekarang mengerakan impian nombor 2 dan 3. Impian nombor 1 itu aku sedang usha Pondok Al-Hidayah di bukit tinggi klang. Ada pengajian separuh masa beb! Itu yang aku berkenan sangat itu. Pada mulanya kata mereka, mengaji kitab dalam bahasa jawi, tertelan air liur baca syaratnya, sekali aku tanya, boleh masuk kalau tak faham dan eja. Kiranya orait dah.

Impian nombor 4 pulak, merealisasikannya adalah membaca, baca buku apa sahaja, dan aktiviti itu akan dijalankan apabila aku berfikir mencari wisdom (hikmah) dalam sesuatu kejadian. Yeah, ia aktiviti yang menyeronokan, lebih menyeronokan kalau jumpa member yang kepala falsafah juga. Impian nombor 5, aku merealisasikan dengan menyertai muzik jalanan, aku join group ini supaya basic alat muzik lain dapat aku belajar juga, kiranya sambil menyelam itu minum air lah. hehe.

Impian nombor tujuh pulak, masih merangkak-rangkak, pembacaan dan bengkel perlu aku hadiri di Kuala Lumpur selepas aku menjalankan blogwalking yang menawarkan kursus bursa saham atau pelaburan hartanah. In shaa Allah, buku sudah beli sedang proses membaca, bengkel atau seminar belum pernah hadir lagi dalam seumuar hidup aku, (aku rasa lah)

Dan impian nombor 8! Ia sudah direalisasikan! Hahaha! (Amirul mana karya kau? Kata sudah direalisasikan!) Begini cerita, selepas aku balik dari PLKN, aku mula menulis puisi, sedang meneroka dunia penulisan itu aku dapat tahu yang Dewan Bahasa Dan Pustaka ada menganjurkan Minggu Penulis Remaja, perrgghh, syarat nak masuk perlu berjaya menyiarkan karya mana-mana penerbit kot, aku kata pada waktu itu, hebat lah! Lepas itu berangan dapat masuk MPR dengan jemputan surat dari DBP.

Kononnya jelah sebab nak masuk MPR ini kena hantar borang kot, mana ada surat tawaran daripada DBP (Fikir aku pada waktu tu) Sekali beb, masa bulan dua belas, aku terima surat daripada DBP, ayah aku bagi surat tu, binggung juga lah akan tertera nama aku di situ dengan logo DBP tu, sekali baca dapat surat tawaran DBP tu!!! Aku baca sekali surat tawaran, kemudian tampar pipi aku kuat-kuat, baca balik baru aku melompat riang! Siap ayah aku tanya "Amirul karya kau hantar itu kau ciplak mana-mana tak?" kau tengok sampai ayah sendiri aku tak percaya aku dapat, dia bukan rendahkan bakat aku, cuma mahu kepastian saja, peerrghh (bakat beb)

Itulah terjadi, akhirnya aku berjaya ke dunia penulisan selepas tamat MPR, cewah. Haha.  Yang akhirnya, nombor enam masih statik tidak bergerak. In shaa Allah, Allah akan bagi jalan untuk aku ke jalan itu. Menjadi pengarah filem adalah satu pekerjaan yang mulia seperti menulis, filem mengerakan gambar atau visual, jadi kesannya lebih hebat kepada penghayatan penonton. Haha!

Itu lah, aku terus terang cita-cita aku, walaupun bergerak sedikit, tapi bertenang, rasailah dunia ini, dan segalanya perlu perancangan.

Assalammulaikum!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...