Friday, September 7, 2012

Puisi: Wahai Ilmu

Wahai Ilmu aku cinta engkau
Aku perlu engkau sebagai cahaya dunia.
Wahai Ilmu aku cinta engkau
Aku perlu engkau sebagai temanku.

Wahai Ilmu kenapa ada sebahagian manusia tidak hargai engkau?
Kenapa mereka memerlukan engkau untuk kerjaya mereka sahaja?
Mereka tidak peduli akan engkau apabila mereka menggengam segolong ijazah

Wahai Ilmu mereka mencari engkau hanya untuk kepentingan mereka sahaja
Mereka tidak mahu beban untuk mencari engkau
Wahai Ilmu tanpa engkau setiap bangsa hilang tamadun
Kerna engkau mencipta tamadun.

Wahai Ilmu aku syukur pada Allah kerna engkau
Aku mengenal Siapa Penciptaku
Aku mengenal Siapa Pencipta Bumi dan Langit
dan Aku mengenal Siapa diriku. 


Puisi ini pernah diterbitkan dalam Majalah Dewan Siswa Edisi November 2011. Puisi melayakkan saya sertai Minggu Penulisan Remaja (MPR) anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) bulan 3 2012 lalu.

No comments:

Post a Comment

Rakan Amirul Mohamed Berkata..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...