Friday, September 7, 2012

Mahu Gula Lopes Untuk Kuih Kaswi?

Assalammulaikum !

Membaca tajuk entri pasti tukang buatt kuih akan terasa pelik mungkin juga lucu membacanya. Kuih kaswi cicah gula lopes? Haha. Itu yang berlaku pada pagi tadi khamis 6/9/2012. Sesungguhnya saya sudah sedia maklum setiap pelanggan-pelangan saya, pelbagai ragam dan citarasa merea saya lihat dan perhatikan. Jadi, tidak mustahil apabila seorang pelanggan makan kuih kaswi bersama ABC (Air Batu Campur) yang digaulkan sekali dalam mangkuk ABC itu. Saya mahu cerita drama pagi tadi sungguh lucu.

Pada mulanya, seorang makcik berumur dalam agakan saya setengah abad mahukan ubi kayu satu ringgit. Satu ringgit ubi kayu akan dapat lima batang ubi kayu. Jadi, saya pun mengambil pinggang yang telah tersedia untuk digunakan kemudian mengira satu demi satu batang ubi kayu itu. Pada masa saya mula mencapai batang ubi kayu yang pertama makcik itu berkata pada saya bahawa menyuruh saya memilih batang ubi kayu yang besar dan tidak mahu batang ubi kayu kecil dan pendek.

Saya akur sahaja arahan makcik berumur setengah abad itu. Mata saya liar mencari batang ubi kayu yang besar dan tebal-tebal belaka. Kemudian, secara tiba-tiba sahaja, makcik itu merungut pada saya. "Siapa mahu makan besar-besar itu adik, pilih kecil-kecil saja, makcik makan seorang." saya akur sekali lagi. Kemudian mata saya menangkap satu demi satu batang ubi kayu kecil dan pendek. Makcik itu kemudian ke bahagian kiri iaitu terletaknya kuih kaswi. Lalu makcik itu sudah membuat keputusan mahukan kuih kaswi ini dan saya bertindak serta-merta mengambil pinggang dan menghulurkan kepadanya.

Setelah selesainya saya memilih batang ubi kayu itu mengikut kehendak makcik itu, makcik itu berkata kepada saya,

"Kuah kuih ini ada tak adik?" makcik itu menunjukkan kuih kaswi dipegangnya.

Saya mencari-cari kuah kuih kaswi itu dan berkata padanya,

"Hanya ada sambil kuih udang dan gula lopes sahaja," dengan tangan saya menunjukkan dua jag sambal dan gula lopes itu.

"Bolehlah adik," jari makcik itu menunjukkan jag gula lopes.

Tanpa memikirkan sebarang kepelikan dan kehairan yang tinggi saya mengambil jag berisi gula lopes itu untuk dicurahkan ke dalam pinggang berisi kuih kaswi. Tiba-tiba ada suara datang yang bertalu-talu ke telinga dan sesungguhnya saya kenal suara itu iaitu pekerja yang menjaga bahagian kuih muih iaitu Abang Panjang (Sebab ia paling tinggi dalam kalangan pekerja restoran, tapi saya lagi tinggi darinya :) Saya tidak dengar dan ambil pusing apa yang dikatakan Abang Panjang kemudian saja makcik itu terkejut dan berkata pada saya,

"Adik bukan kuah ini, kuah untuk kuih udang itu."

Saya terus meletakkan jag dan kemudian mencapai jag sambal kuih undang dicurahkan pada batang ubi kayu. Selepas selesai dan makcik itu berpuas hati, makcik melangkah ke meja makannya dan saya tertanya-tanya tidak mahukah makcik itu mengisikan kuih kaswi dengan gula lopes atas permintaanya tadi? Jadi, saya bertanya pada makcik itu,

"Makcik mahu gula lopes untuk kuih kaswi?"

Pipi dan dahi makcik itu berkerut. Renungannya tiba-tiba sahaja tajam akibat kedua keningnya dirapatkan, jawab makcik itu,

"Apalah kau ini adik, manalah orang makan kuih kaswi campur gula lopes," makcik itu mengeleng-geleng kepalanya beberapa kali kemudian berada dari situ.

Seorang pelanggan yang berdekatan dan Abang Panjang itu mengetawakan saya. Saya hanya senyum ikhlas sebab saya tahu, mereka tidak mengetahui peristiwa saya melayan makcik itu.

(Tamat)

No comments:

Post a Comment

Rakan Amirul Mohamed Berkata..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...