Monday, September 10, 2012

Hari Pertama Dan Semalam

Assalammulaikum !

Saya miliki blog yang nama domain sangat unik dan kreatif. Semalam saya menerbitkan beberapa informasi baru yang kurang diambil perhatian oleh blog informasi lain. Ternyata semalam dalam satu malam sahaja blog itu menerima pelawat sebanyak 262 orang pada pukul 6 petang hingga 12 malam. Walaupun ia nampak sedikit, tetapi motivasi saya untuk terus dalam dunia internet ini.

Pada hari ini 10/9/2012 dan rabu minggu ini ada sesuatu yang menunggu kita. Iaitu pelancaran iphone 5! Itu tentang dunia gajet. Bagaimana pula dunia TSO? Pada hari ini 10/9/2012 bersamaan hari isnin. TSO menghadiri kuliah yang pertama, kumpulan yang pertama dan kerja kuliah yang pertama. Jadi hari ini adalah hari pertama. Dan saya pula? Apa yang saya dapat pada hari isnin ini? Saya menerima berita bahawa penerbit yang terkemuka di Malaysia mempelawa pada penulis-penulis dibawah didikan Cikpuan Azzah untuk menulis buku terbitan mereka!

Apa perasaan anda apabila orang besar negara mempelawa anda datang ke rumah mereka dan orang-orang di dalam rumah itu telah berjaya membikin duit yang banyak dan popular? Tetapi ini bukan soal popular, ini soal kualiti. Sesungguhnya mereka menjemput menulis untuk sebuah buku adalah kerana kualiti penulis-penulis Alumni Akademi Hero. Bukan karya mereka menjadi rebutan pujaan ramai (walaupun itu satu faktor). Dan saya percaya penulis yang baik ada tempat mereka di industri kreatif ini.

Untuk mencapai matlamat menulis dibawah naungan penerbit yang besar dan terkemuka di Malaysia perlu juga menghantar sinopsis karya walaupun kita sendiri dijemput. Dan saya setuju untuk menghantar sinopsis itu. Terima atau ditolak itu belakang kira. Apa yang penting dan diberikan keutamaan adalah mencuba peluang yang diberikan olehNYA dan selepas berusaha hingga kepuncak kita hanya perlu bertawakal kepadaNYA.

Semalam juga, salah satu karya saya diterima oleh penerbit bebas tempatan. Ia sebuah cerpen. Ceritanya bermula apabila saya mahu rakan penulis saya membina nama sebagai penulis bersama. Peringkat awal saya mencadangkan kepadanya untuk menulis sebuah blog yang diciptakan bersama. Rakan penulis saya tidak mahu dan mengajak saya menyertai projek penulisan dibawah terbitan rakan saya itu. Sesungguhnya penerbit bebas yang baru mula bertapak memang tidak akan menerima royalti tetapi akan menerima cenderahati.

Rakan penulis saya mahu saya siapkan sebuah cerpen yang panjangnya lima (5) mukasurat dan tema bebas. Katanya dia menunggu selama dua minggu untuk saya siapkan. Tetapi semalam rakan penulis saya itu mahukan karya saya untuk diserahkan kepada kilang percetak! Saya mula gelabah dan memikirkan bagaimana mahu menyiapkan sebuah karya yang baik selama satu hari kerana saya tidak menyimpan sebarang idea di kepala saya untuk projek baru itu. Lalu saya mencari jalan lain dan berkata kepada rakan penulis saya bahawa saya ada beberapa cerpen yang telah diterbitkan di blog penulisan saya.

Rakan penulis saya itu setuju dan mahu membaca karya saya itu. Mula sekali saya menghantar karya saya yang saya mendapat ilham dari kisah sejarah melayu dan movie kegemaran saya Avengers. Nama karya itu sendiri yang sudah saya tukar Avengers Malaysia. Tetapi rakan penulis saya tidak setuju sebab karya ini tiada plot perceritaan yang lengkap seperti klimaks dan pertengahan. Saya mula fikir-fikir dan mencari alternatif lain.

Tiba-tiba sahaja saya memikirkan karya saya yang bertemakan Bapa. Cerpen ini boleh dikatakan karya yang terpanjang di blog itu dan saya buat cerpen apabila pihak Geng Ubran (Geng Penulisan) membuat cabaran bulanan bertemakan bapa. Akhirnya setelah selesai rakan penulis saya itu membaca dia menerima karya itu! Sesungguhnya saya tidak sangat teruja, kerana saya tahu ia tidak dapat membanggakan ibu dan keluarga saya apabila memberitahu mereka karya saya berjaya diterbitkan oleh penerbit bebas. Tetapi saya sangat bersyukur dan doa saya termakbul.

Sebab pada bulan ramadan yang lalu saya memohon kepadaNYA supaya karya saya di blog penulisan diterbitkan oleh mana-mana penerbit asalkan saya rasa dimotivasikan. Tidak pula saya berdoa supaya karya saya itu diterbitkan oleh penerbit yang kaya-raya. Jadi, saya bersyukur dan Allah Yang Maha Mendengar itu memakbulkan permintaan saya.

Akhir kata, sekiranya saya dapat buku itu saya akan beri percuma pada salah seorang pembaca blog ini. Sudah tentu TSO! haha. Kena tunggu TSO balik ke klang supaya senang dihantar, kalau saya meminta alamatnya di USIM pasti ia merasa pelik dan hairan, kan-kan? :D

Assalammulaikum !


No comments:

Post a Comment

Rakan Amirul Mohamed Berkata..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...