Tuesday, September 25, 2012

Betul Ke Amirul Mahu Melamar Tanpa Bercinta?

Assalammulaikum!

Lihat tajuk di atas, tiada siapa yang bertanya pada aku soalan begitu. Entri kali ini hanya mengupas pandangan aku cinta selepas kahwin. Kenapa aku asyik bercerita tentang hal percintaan, lamaran dan perkahwinan ini? Tidak ada apa-apa, hanya meluahkan apa dirasa dalam sukma.

Pertama. Sudah tentu, bagus.
Kedua. Sudah tentu, menjaga ahklak
Ketiga. Sudah tentu menjaga, pandangan.
(Cakap macam orang alim saja)

Secara jujurnya, aku tak mahu melecehkan diri aku ini. Kalau suka terus kahwin. Memang kenal-kenal, tapi tak "Emm" lah kan. Kalau sudah kahwin mesti ada "Emm" (Amboi, kau ini Amirul baru 19 tahun sudah mengatal!) So, what?

Merancang kehidupan itu penting, termasuk hal perkahwinan. Rancang sesuatu pada diri kita, adakah mencari pasangan itu perlu kahwin atau couple dulu sebelum kahwin? Ia memerlukan sebuah perbahasan pada sendiri dan menundukkan kehendak nafsu yang degil ini, seperti aku.

Sememangnya aku mahu kahwin tanpa bercinta. Wah! (Aku tak bayang apa-apa pun, ye) Dapat pahala melihat isteri dan menjaga makanan minum aku. Pada saat ini aku dapat rasa apabila "orang masakkan" untuk kita. Seronok dan rasa dihargai. Siapa? Bukan siapa-siapa, pembantu rumah sahaja. Kehkehkeh. Itu pun tangkap feeling pembantu rumah masakkan, yelah hidup mesti ada saling menghargai pasti ada barakah. Haha.

Ya, secara jujur dan ikhlas. Kalau aku sudah mampu dari pelbagai segi bagi melengkapkan diri sebagai seorang suami. Aku akan terus lamar TSO. Walaupun TSO dan aku tidak berhubung lagi seperti sekarang ini. (Memang jarang contact) Aku akan pergi rumahnya dan jumpa wali dia. Simple. Terima atau tidak, tolak ke tepi. Haha! Cakap macam ada bran saja. Kehkehkehkeh!!


Jangan silap rumah lah, kalau aku pergi rumah janda. Anak dia tak dapat, emak dia nak kat aku. Ceh, (Siapa diri aku, cuma insan biasa saja) HAHA!

Babai, itu saja.
Assalammulaikum!

No comments:

Post a Comment

Rakan Amirul Mohamed Berkata..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...