Assalammulaikum !
Bagaimana sambutan hari raya anda? Meriah atau sesangat meriah sehingga tetamu melimpah keluar? Adakah anda mengira bahawa meriah hari raya pertama itu disebabkan tetamu yang ramai, duit raya yang banyak, orang memuji anda cantik atau baju yang cantik, bercerita tentang pendidikan anda sekarang dan lain-lain yang sesama dengannya.
Entri aku ini bukan mahu menjual barang. Hari raya pertama aku, aku peroleh satu perkara yang aku sangka sebelum ini pekerjaan seperti itu hanya mencari rezeki semata-mata. Bidang The Special One minat dan aku juga minat. Iaitu Fotografi.
Kata Kakak saudara abang ipar aku ini,
"Bidang fotografi ini ramai yang melayu, tapi melayu tidak buka studio untuk cuci gambar."
Kemudian aku berkata,
"Dalam bidang fotografi ini khususnya di Malaysia wujudkah golongan seni yang menggunakan camera DLSR mereka untuk berkarya?"
"Ada, mereka menghasilkan karya mereka yang disebutkan, Fotografi Novella. Iaitu Kronologi bergambar."
Mata aku membulat besar dan mulut terlopong seperti kehausan di gurun Sahara.
"Sekiranya begitu, bagaimana pula hak ciptaan gambar yang kita ambil itu? Contohnya, gambar suami isteri membeli-belah, kita ambil gambar mereka sedang bebas, adakah ia akan dakwa di mahkamah sebagai hak mereka kerana, subjek itu adalah mereka?"
"Tak, sebelum kita mahu menghasilkan itu, bayar lah upah. Contohnya kita mahu mengambil kehidupan seorang pakcik tua bekerja di kilang. Kita minta persetujuan dari pakcik itu dan bayar contohnya RM100, kemudian sekiranya pakcik itu setuju, kita mula berkarya."
Sambung dia lagi,
"Karya itu boleh dijual stockphoto atau sebagai koleksi simpanan atau jual pada siapa-siapa yang berminat."
Aku hanya mengangguk dan tiada geleng-geleng.
Perbincangan itu bina perspektif yang baru dalam bidang ini. Kerana aku lihat fotografi ini orang cari duit part time. Tapi pada sama ia adalah seni bergambar. Fotografi juga sama seperti menulis, peka keadaan sekeliling, lihat sesuatu dari perspektif yang pelbagai sudut, fahaman, dan tafsiran yang berbeza-beza. Satu karya penulisan kita merasai satu ribu macam, satu keping gambar beri makna satu ribu persoalan.
Assalammulaikum. :D

No comments:
Post a Comment
Rakan Amirul Mohamed Berkata..