Thursday, March 10, 2011

Bagaimana Anda Menonton Youtube?

Bagaimana Anda Menonton Youtube?



Kita sering menggunakan YouTube. Untuk menonton klip-klip video lagu yang kita minati, menonton episod-episod rancangan televisyen yang dimuat naik, menonton klip-klip ceramah dan sebagainya.

Namun, pernahkah kita terfikir apakah sebenarnya yang berlaku tatkala kita mengklik pada butang “Play” di laman YouTube tersebut?

Apabila seseorang memuat naik sesebuah video, kemana video tersebut pergi? Apa yang terjadi sebenarnya?

Entri ini merupakan terjemahan kepada entri “This Is How YouTube Works” terbitan laman web teknologi terkenal, Gizmodo, berdasarkan kepada gambarajah yang dihasilkan oleh Time Warner Cable.

Berikut gambarajah yang dimaksudkan. Klik untuk paparan lebih besar:

This Is How YouTube Works - Time Warner Cable

Dalam gambarajah di atas, terdapat dua watak iaitu Mariam (Mary) dan Jefri (Jeff). Situasi yang berlaku adalah – Mariam akan memuat naik sebuah video ke YouTube, dan Jefri akan menonton video tersebut di laman YouTube. Secara ringkasnya, terdapat 3 proses yang berlaku.

  1. Mariam memuat naik video rakamannya (Langkah 1 hingga 5)
  2. Jefri menekan butang “Play” pada video tersebut ketika melayarinya menggunakan laptop di rumahnya. (Langkah 5 hingga 9)
  3. Video tersebut dihantar ke laptop Jefri dan ditayangkan. (Langkah 10 hingga 13)

Saya akan cuba terjemahkan setiap langkah di atas menggunakan Bahasa Malaysia ringkas agar kita dapat sama-sama memahaminya.

Langkah-Langkah

  1. Mariam merakam video kucingnya bermain menggunakan telefon bimbit. Kemudian, menggunakan telefon bimbit tersebut, Mariam memilih pilihan untuk “Upload” (Muat naik) ke laman YouTube.
  2. Telefon bimbit Mariam kemudiannya mengemaskan video tersebut dalam bentuk pakej protokol internet (IP). Kemudiannya, telefon bimbit tersebut akan mengubah kod pakej protokol internet tersebut kepada kod signal radio untuk dihantar melalui signal telefon bimbit.
  3. Pencawang telefon bimbit berdekatan akan menangkap (capture) kod signal radio tersebut, dan mengubahnya kepada kod elektrik berwayar.
  4. Video yang dalam bentuk kod elektrik berwayar tersebut kemudiannya dihantar dari pencawang telefon bimbit, kepada suis dan router dari bandar ke bandar, negara ke negara sehingga tiba ke komputer server YouTube di sesuatu tempat.
  5. Komputer server YouTube kemudiannya menerima kod elektrik tersebut, dan menukarkannya kembali kepada bentuk pakej video. Video tersebut disimpan di dalam server, dan menunggu sehingga seseorang ingin menontonnya.
  6. Jefri membuka Internet Explorer, memasuki laman YouTube, dan membuka URL video yang dimuat naik Mariam tadi lantas menekan butang “Play”.
  7. Laptop Jefri mengubah arahan “Play” sebentar tadi, menjadi kod signal radio WiFi lalu dihantar ke pemancar/penerima WiFi rumah Jefri.
  8. Pemancar/Penerima WiFi rumah Jefri kemudiannya mengubah arahan kod signal radio tersebut kepada kod elektrik.
  9. Kod-kod elektrik itu seterusnya dihantar melalui suis dan router, dari bandar ke bandar, negara ke negara, sehinggalah tiba ke komputer server YouTube.
  10. Komputer server YouTube menerima kod elektrik tersebut dan mengenalpasti arahan untuk “Play” daripada Internet Explorer milik Jefri. Ia kemudiannya memilih format video terbaik mengikut Internet Explorer Jefri, dan menghantar format video terbaik tersebut secara terus (streaming).
  11. Paket-paket video “streaming” tersebut dihantar melalui suis dan router, dari bandar ke bandar, negara ke negara, sehinggalah tiba ke pemancar/penerima WiFi di rumah Jefri.
  12. Pemancar/penerima WiFi tersebut kemudiannya mengubah paket-paket tersebut kepada kod signal radio WiFi, dan memancarkannya kepada Laptop Jefri.
  13. Laptop Jefri kemudiannya menerima (capture) kod signal tersebut melalui WiFi. Internet Explorer pada laptop Jefri kemudiannya menafsirkan kod tersebut kepada video, dan memainkannya di skrin Jefri. Jefri kini boleh menonton video kucing Mariam!

Petunjuk:

Garisan tidak terputus melambangkan saluran internet melalui wayar.

Garisan terputus-putus melambangkan saluran internet tanpa wayar.

Penutup:

Alhamdulillah, kini kita tahu bagaimana YouTube berfungsi! Sungguh canggih teknologi masa kini, yang membolehkan video dikongsi dan ditonton dengan mudah. Semua langkah di atas berlaku dalam masa yang cukup singkat! Dan berjuta-juta kali langkah di atas sedang berlangsung dengan serentak tatkala anda membaca ayat ini!

Inilah kehebatan teknologi. Ayuh, kita pelajari dan fahami teknologi-teknologi ini, agar kita dapat memanfaatkannya, inshaAllah..

Sumber dari: http://me.leokid.my/youtube

Sila-sila lah masuk banyak maklumat boleh diperolehi.. :)

No comments:

Post a Comment

Rakan Amirul Mohamed Berkata..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...