Thursday, February 23, 2012

Tawaran Dewan Bahasa Dan Pustaka

Assalammulaikum.

Berita ini sudah lama cuma aku baru ingin memberitahu kepada korang apa yang berlaku beberapa hari lepas.Pada 10 Febuari selepas aku keluar dari bilik aku sebab aku ingin pergi ke Restoran mak aku,ayah aku memberi aku satu sampul surat,lalu aku melihat dengan teliti.Apa yang aku lihat ialah sarung surat rasmi dari DBP (Dewan Bahasa Dan Pustaka).Jadi aku macam pelik sebab apa surat dari DBP hantar ke rumah aku,siap tulis nama aku lagi.Aku berfikir DBP baca blog aku ke sampai hantar surat untuk betul tulisan bahasa melayu dalam blog aku.Haha.Jadi aku pun buka lah sampul surat rasmi DBP itu dan aku terkejut gila sambil tangan aku mengigil memegang surat rasmi DBP itu sebab aku diterima undangan DBP untuk menyertai Minggu Penulis Remaja.DBP mengatakan aku ada potensi dalam bidang sastera ini selepas mereka meneliti karya Puisi aku di Majalah Dewan Siswa.

Aku menghantar tiga Puisi kepada editor Majalah Dewan Siswa.

1) Wahai Ilmu
2) Saintis Terunggul
3) Kitab Puisi Cinta

Puisi aku yang berjaya adalah Wahai Ilmu.Kitab Puisi Cinta ini mengenai Cinta.Korang nak bace?!..HAHA..nanti2 ye..huhu..

Pada mulanya aku tidak tahu menahu yang karya Puisi aku telah berjaya disiarkan oleh Majalah Dewan Siswa.Maklumat ini pun editor Majalah Dewan Siswa aku bertanya padanya.Jadi apa yang aku boleh kata disini aku amat bersyukur sekali kerana bakat aku ada dalam bidang penulisan ini.Program Minggu Penulis Remaja ini terhad kepada 30 orang sahaja,pada esoknya aku pos guna perkhidmatan Pos EXPRESS memang betul esok sampai.Dijamin sampai.(Memang sampai pun).

Jadi untuk korang yang ingin membaca Puisi aku yang telah berjaya disiarka di Majalah Dewan Siswa ini,ini link nya,Puisi ini telah dipotong kerana ini dari Majalah Dewan Siswa Online.

Majalah Dewan Siswa November 2011

Jadi disini,secara kesimpulannya aku rasa diri aku betul-betul dihargai.

OK itu sahaja
Assalammulaikum..:)

Friday, February 17, 2012

Zaman Kegelapan Eropah Dan Zaman Kegemilangan Islam

Assalammulaikum,

Bagaimana tajuk di atas?.Menarik bukan?

Baiklah,Aku buat tajuk ini kerana semalam atau kelmarin aku menonton ceramah Ustaz Azhar Idrus. Memang menarik dan seronok di tonton.Sambil menonton itu aku membaca ruang-ruang ulasan.Aku tertarik salah seorang pengulas ulasan ayat lebih kurang sebegini

"Kenapa perlu buat hukum hudud?bukan ia mengongkong rakyat seperti terjadi Zaman Kegelapan Eropah?"

Sebenarnya ayat itu aku ada edit sedikit sesuai untuk pembacaan umum.Secara ringkas aku ingin bercerita kepada anda semua apa yang aku baca dan mentelaah bahan-bahan sejarah Eropah.Walaupun secara ringkas aku pasti ia padat.

Pada Zaman Kegelapan Eropah agama Kristian  menguasai Eropah.Semua orang tahu apa yang terjadi dizaman tersebut kota-kota di eropah lesu dan kotor berbanding kota-kota di Kerajaan Islam yang indah dan bersih.Sejarah membuktikan agama islam yang diamalkan oleh Kerajaan-Kerajaan Islam terdahulu melahirkan manusia yang berakhlak mulia dan berilmu.Apa yang terjadi di eropah adalah sebaliknya.Gereja amat berkuasa ketika itu,menyekat perkembangan ilmu,jika ilmu para cendikiawan bertentangan dengan kitab bible ia akan dihukum,ini berlainan pada agama islam yang telah membuktikan dunia yang sains ciptaan Ilmuan Islam selari dengan Kitab Al-Quran.

Penyekatan oleh gereja menyebabkan rakyat eropah tidak ada kebebasan bersuara,berfikir dan sebagainya.Pada Pasca Zaman Kegelapan Eropah hak asasi manusia,kebebasan bersuara,tidak percaya agama telah diterima oleh masyarakat  eropah kerana mereka sudah tidak percaya pada agama kerana penyekatan oleh Gereja.

Perkara ini tidak berlaku pada Zaman Kegemilangan Islam,perkembangan Ilmu,kebebasan berfikir dan sebagainya digalakkan oleh agama Islam.Pada Zaman Kegemilangan Islam Kerajaan Islam merupakan kuasa besar dunia seperti apa yang berlaku sekarang seperti Amerika.

Jadi kesimpulannya aku berpendapat perlaksanaan Hukum Hudud tidak akan berlaku seperti di Eropah dahulu.Perlaksanaan agama islam seperti undang-undang,pendidikan,budaya,kewangan, dan sebagainya akan membawa kemakmuran dan kemajuan.

Ia bukan retorik,tetapi Sejarah Telah membuktikan.

Assalammulaikum.:)

Tajuk ini bukan untuk sesiapa,mahu yang hidup atau yang meninggal dunia,Tajuk ini bertujuan ingin berkongsi para pembaca,jika ada kesilapan,sila tegur saya secara baik.:)

Sunday, February 12, 2012

Emosi

Assalammulaikum

Aku pada saat ini luahkan perasaan..hehe

Apa pandangan dan perasaan korang apabila orang yang kita sayangi itu duduk berjauhan dari kita?

Bagaimana rasanya?
Bagaimana hidup anda?
Rasa tidak dihargai?

Aku ada mesej beliau..yelah lepas main boling dengan member beliau..ia layan macam biasa..tapi tak cukup bagi aku sebab terlalu singkat..aku ingat lagi time aku tulis novel..malam2 tu aku mesej beliau sampai ke 3 pagi sebab ia ngah pek barang sebab esok ada aktiviti pelapis..

Time tu memang puas lama mesej dengan beliau..hahahaha..aku macam budak kecik meluahkan perasaan..peduli apa..blog aku kan?..

Okay itu sahaja..
Assalamulaikum..

Saturday, February 11, 2012

Ada rahsia

Assalammulaikum

Aku ada rahsia..

Seronok kalau aku bagi tahu dia
Mungkin dia rasa diharga...

Okayitu sahaja..
Assalammulaikum :)

Tuesday, February 7, 2012

Cuba fikir semula

Assalammulaikum

Kadang2 aku terfikir kita melihat dunia ini melihat perspektif diri kita sahaja..bagaimana perspektif orang lain?..bagaimana mereka melihat ini

Kejam?
Bahagia?
Senang?
Sedih?

Apa aku maksudkan disini kita memerlukan antara satu sama lain..dan lebih penting walaupun perspektif kita lain dalam melihat dunia..kita boleh hidup dengan orang kita sayang..fikirkan semula..:)

Sunday, February 5, 2012

Dia Restoran

Assalammulaikum dan salam sejahtera

Dia restoran?apa kah itu

Hehe..dah macam tajuk sastera dah..apa aku mak jelaskan di sini..aku sekarang berada di restoran sambil menginginkan diri di restoran mak aku ini..biasa batak sikit sebab paling guna (..........) Hehe guna apa?tak guna apa pun guna handphone je..jajahana..

Okay aku disini tiada apa maksud lain cuma aku nak tunjukkan restoran mak aku ini kerana peluang untuk aku ambil gambar dan sekali download.okay aku tunjukkan gambarnya..


Macam mana??haha..itu je aku nak tunjukkan..

Okay..assalammulaikum :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...